anak paderi masuk Islam..

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
>
> Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu
> beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi
> Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA
> PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah
> ..
>
> Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi..
> Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha
> kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke
> kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat
> masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai
> sekitar RM50,000!!!
>
> Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami
> ziarah rumah
> ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai
> masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara
> spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku
> sekolah dan sebagainya.
>
> Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan
> beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya
> mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian
> remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.
> Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang
> dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam
> Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan
> mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan
> lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan
> lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya
> belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran
> Agama Islam.
>
> Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
> menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan
> yang saya kira
> tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
>
> Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya
> bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil
> cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa
> tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah
> cikgu..." Ustaz itu bersedia.. Lalu saya bersama
> beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
>
> Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah,
> bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama
> Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa
> persoalan, antaranya;-
>
> 1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
>
> 2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi,
> Kristian dan Islam adalah agama langit.
>
> 3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman
> Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi
> Muhammad.
>
> 4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka
> peperangan.
>
> 5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana
> yang asalnya.
>
> Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya
> dan kawan-
> kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati
> akal.
>
> Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu
> saya menjawab secara tepat.
>
> - Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia
> lain. -
>
> Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep
> ketuhanan Jesus.
>
> Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang
> paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu
> saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya
> seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
> menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
>
> Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana
> bawa 'orang malaya' datang ke rumah.
>
> Sejak itu beberapa kali saya
> tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar
> berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan
> ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
>
> Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah..
> Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
> berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang
> berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
>
> Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya
> mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya
> dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang
> berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta,
> saya terjaga.
>
> Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya
> dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau....
> "
>
> Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu
> Islamkan saya........ ."..Ustaz itu minta saya bersabar
> untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas
> itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz
> itu.
>
> Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di
> rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah.
> Rupanya bapa saya telah tahu!
>
> Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula
> dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak
> menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
>
> Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang..
> Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya
> bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh
> ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di
> Sabah .
>
> Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara
> kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga
> memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu
> dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir
> yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
>
> 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
> Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.
> Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya
> banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
>
> Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana
> ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over
> time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi
> pendakwah bebas.
>
> Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
> orang....kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai
> mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
>
> Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah
> dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan
> adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya
> sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik
> saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat..
>
> Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan
> buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun
> saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya
> menangis
> kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya,
> sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
> mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!
>
> Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya
> menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur.
> Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus
> menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah
> dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
> bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.
>
> Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut
> dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi
> oleh pihak gereja.
>
> Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam
> hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan
> Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita
> tinggalkan sebahagian.
>
> Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
> Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya?
> Sepatutnya kita
> cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat
> Islam.
>
> Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah
> universiti tentang isu Hudud & Qisas.. Dia boleh sergah
> saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun
> jagung...... "
>
> Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
> pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih
> Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak
> menghayati Islam.
>
> Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya
> berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan
> dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh
> puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!
>
> Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana
> permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak
> gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada
> pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan
> saya.
>
> Marilah kita awasi dakyah Kristian.
> Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini
> mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh
> cinta...lalu dimurtadkan.
>
> Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di
> Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya
> Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif
> untuk memurtadkan orang Islam!!!
>
> Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum
> 'Holly Water'.
>
> Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh
> paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri
> kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid.
> Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil
> sebahagian buat minum dan sebahagian buat
> mandi.
>
>
> InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.
> insyaAllah!! !
>
> TOLONG FORWARDKAN!! !
> Demi islam.....Demi agama yang tercinta...insyaAll
> ah...
>
>
> HALALKAH REZEKI KITA......?? ?
> BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG
> HARAM!!!!!!!
> KITA MAKAN....... BAGI ANAK - ANAK KITA MAKAN....... NAK
> SELAMAT DI
> AKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!!
> RENUNGKANLAH. ......... ..WASSALAM! !!

Comments

  1. ow..post menarik kali ini..
    suka dengan entry2 yang penuh dgn artikel menarik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts