Baling Relief Mission 2009 : Misi Membantu Rakyat Miskin
Program yang diberi nama ‘Baling Relief Mission' ini telah memilih Kampung Legong dan Kampung Charuk Bemban yang terletak di Baling, Kedah. Kawasan ini dipilih kerana kawasan ini merupakan antara kawasan paling miskin di Malaysia, justeru kebanyakan penduduknya kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat kesihatan.
Salah sebuah rumah rakyat miskin di Baling
Selain itu, terdapat juga beberapa faktor lain seperti kekurangan doktor, kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan di kalangan penduduk, masalah kesihatan seperti malnutrisi dan sakit tua serta masalah sosial seperti penagihan dadah dan kes curi kabel yang berleluasa. Di samping itu, suatu program motivasi di SMK Jerai, Kupang, Baling, Kedah telah dirangka khusus untuk pelajar tingkatan empat dan lima yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Aktiviti sepanjang BRM
1) Klinik Kesihatan: Kampung Legong dan Kampung Charuk Bemban
2) Program Motivasi: SMK Jerai
3) Aktiviti lain yang turut dijalankan:
Klinik ‘Jantung Sihat'
Klinik Wanita
Sesi ‘Belajar Memasak Sihat'
Gotong-Royong seluruh Kampung: "Rumahku Bersih, Kampungku Indah, Keluargaku Sihat"
Bila?
23 Julai 2009 - 26 Julai 2009

Comments
Post a Comment